Kegunaan Sabut Kelapa Dalam Pertanian
KEGUNAAN KELAPA
Hohoho, selamat sore, di kesempatan akan membahas mengenai Kegunaan Sabut Kelapa Dalam Pertanian KEGUNAAN KELAPA simak selengkapnya lebih dalam tentang KEGUNAAN KELAPA.
KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan pelbagai guna dari keluarga Palmae yang terdapat di lebih 90 negara tropika seluruh dunia. Dalam pembacaan saya mendapati terdapat seluas 11,715,502 hektar tanaman kelapa diseluruh dunia (Sumber rujukkan : FAO Stat) didahului dengan Indonesia, Filipina, India, Brazil, Sri Lanka, Thailand, Vietnam , Mexico, Papua NG dan Tanzania. Malaysia mendudukki tangga ke 11 dalam statistik bagi pengeluaran kelapa dunia tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 527,622 metrik tan. Kebanyakan kelapa yang ditanam di negara kita juga merupakan kelapa jenis lama varieti Malayan Tall tetapi kini telah banyak yang telah mula menukar kelapa jenis baru seperti Kelapa MATAG, Kelapa Pandan dan Kelapa MAWA. Kawasan utama penanaman kelapa di Malaysia kebanyakannya di kawasan persisir pantai seperti di Perak, Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah. Kelapa merupakan tanaman pelnagai guna yang penting untuk masyarat kita bergantung kepadanya. Artikel petang sabtu ini sambil merenung pohon kelapa di Pantai Klebang, Melaka saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kegunaan kelapa sebagai menambah ilmu pengetahuan kita.
MINYAK KELAPA merupakan satu produk utama dari pokok kelapa semenjak dahulu lagi sebelum popularnya Minyak Kelapa Sawit. Minyak kelapa mempunyai lemak tepu yang tinggi iaitu sekitar 91% dan merupakan minyak sayur (Vegetable oil) yang baik juga untuk kesihatan kita dengan penggunaan yang betul. Kandungan Asid Lemak Tepu dalam minyak kelapa adalah seperti Asid Kaprilic (5.4%), Asid Kaprik (4.5%), Asid Laurik (44.1%), Asid Maristik (31%), Asid Palmitik (7.5%), Asid Stearik (1.0%) dan Asid Arakidik (0.2%). Sementara itu kandungan asid lemak tidak tepu dalam minyak kelapa pula terdiri dari Asid Oleik (5%) dan Asid Linolik (1%). Minyak kelapa diperolehi dari isi kelapa yang menjalani proses daripada pengupasan buah kelapa, mengeluarkan isi kelapa, menjemur, mengasap dan memgisar serta perah minyak kelapa. Penghasilan Kelapa Kering atau Kopra (Copra) merupakan satu peringkat menghasilkan minyak kelapa (Rujuk tulisan saya bertajuk Kopra -
Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) adalah produk daripada fermentasi santan kelapa yang merupakan sangat baik untuk kesihatan kerana mengandungi asid laurik yang banyak. Ramai usahawan tempatan telah menghasilkan minyak kelapa dara yang dibimbing oleh Jabatan Pertanian, IADA, LPP, FELDA dan MARDI serta organisasi lain. Santan Kelapa yang diambil daripada pokok kelapa dewasa dan di proses dan di tapis sehingga menghasilkan minyak kelapa dara berwarna jernih (Saya ada menulis artikel mengenai kelapa dara disini -
Minyak Kelapa juga merupakan satu bahan asas yang penting untuk Industri kosmetik dan produk kesihatan. Banyak produk kosmetik berasaskan minyak kelapa yang di campur dengan bahan-bahan lain dijadikan sebagai krim pemutih kulit, agen pelembab kulit muka, produk pewarna kecantikan dan banyak lagi yang tidak dapat diterangkan. Minyak Rambut berasaskan minyak kelapa merupakan produk asli yang sejak sekian dulu digunakan untuk kesihatan rambut. Siapa tidak kenal Minak Rambut Cap 'Aminah' yang berwarna hijau dimana komponen utamanya adalah minyak kelapa dan daun Pegaga (Centella asiatica) yang dibuktikan mampu menghitamkan rambut sampai kita tua. Orang zaman sekarang jarang menggunakan minyak rambut jenis ini maka ramai rakan-rakan saya dan mula beruban sebelum pun mencapai umur 50 tahun. Minyak Urut kebanyakannya adalah menggunakan minyak kelapa sebagai bahan utama dicampur dengan ramuan-ramuan untuk minyak urut seperti serai, kayu beraroma, tulang burung bubut, minyak gamat dan sebagainya. Minyak urut merupakan produk tradisional yang sememangnya ada dalam setiap keluarga.
Minayak Urut 'Wak Dakam' yang di proses dikilangnya di Sri Medan, Batu Pahat contohnya menggunakan minyak kelapa yang diproses dengan pelbagai jenis ramuan untu kegunaan luaran sahaja. Semasa saya melawat kilang tersebut pada tahun 2004 mendapati yang mereka telah menerima sijil HACCP. Saya dapati minyak kelapa digunakan sebagai satu komponen penting dalam pembuatan minyak urut 'Wak Dakam'. Kini harga jualan di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Bangi adalah RM 10.00 sebotol. Minyak VCO pula disahkan mengandungi Asid Laurik yang tinggi dan mampu memberikan tahap kesihatan baik kepada pengguna. Salah satu pengusaha VCO dengan jenama 'ALIFF' adalah usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Johor yang saya lawat di Batu Pahat menghasilkan minyak VCO yang berkualiti. Kini minyak ini dipercayai dapat menyembuhkan penyakit gastrik jika diamalkan mengambilnya selalu serta beberapa masaalah lain yang berkaitan.
Air Kelapa Muda
Berkait dengan air kelapa juga boleh di proses menjadi produk yang sangat popular masa kini iaitu 'NATA DE COCO'. Produk ini merupakan satu produk industri yang dikomersilkan dimana air kelapa dikumpulkan dan diproses menggunakan teknologi yang mudah bagi menghasilkan nata de coco. Bunyinya memang macam produk dari 'Koko' tetapi sebenarnya ia macam agar-agar yang dihasilkan dari air kelapa. Kini banyak produk ini diubah suai dengan perisa asli (tanpa apa- apa bahan tambahan), perisa mangga, perisa oren, perisa ros dan macam-macam lagi. Nata de coco dimasukkan dengan sirap yang dijual di Hypermarket dalam saiz 300 ml, 500 ml dan lebih besar lagi. Selain dari rasanya yang kenyal atau lembut , nata de coco kini sesuai untuk dijadikan bahan utama dan menu 'cocktail'.
Pada pokok kelapa boleh di kutip Air Nira Kelapa
Sabut Kelapa merupakan produk satu sampingan dalam mengopek kulit kelapa untuk di proses dijadikan santan atau kopra. Sabut Kelapa kini menjadi bahan utama dalam pembuatan kusyen kereta (Tak percaya cuba buka kerusi Proton anda dan apa yang ada dibawah tempat duduk....Sabut Kelapa). Bahan ini juga digunakan sebagai alas untuk membuat tilam (sebelum popularnya tilam getah) dan juga di jadikan papan (dipress sehingga keras). Paling terkini sabut kelapa telah dikisar halus dijadikan media tanaman yang dipanggil sebagai 'COCOAPEAT (Klik artikel cocopeat -
Batang Kelapa digunakan sebagai jambatan apabila pokok kelapa tua ditebang. Kulit batang kelapa yang keras menyebabkan batang kelapa yang dibuat jambatan diladang sesuai digunakan dan tahan beberapa tahun. Batang Kelapa yang dipotong-potong juga sesuai untuk dijadikan tiang pagar kebun atau pagar rumah. Batang yang dipotong juga boleh dijual kepada kilang untuk dihancurkan bagi dijadikan kayu atau papan yang dipress sehingga keras. Papan kelapa ini boleh dijadikan perabut dan bahan hiasan. Tempurung Kelapa pula merupakan bahan bakar yang baik untuk kelapa salai dan juga boleh dijadikan produk kraf yang bernilai. Kini teknologi telah ada untuk memproses tempurung kelapa dijadikan 'activated carbon' yang mendapat pasaran baik untuk pelbagai kegunaan. Activated carbon ini disediakan dengan membakar tempurung kelapa dalam keadaan anaerobik selama lebih 8 jam sehingga terjadi bahan tersebut.
Daun Kelapa merupakan bahagian berguna daripada pohon kelapa. Saya merupakan pakar dalam menganyam daun kelapa muda (Janur) untuk dijadikan Ketupat. Saya menulis artikel ketupat -
Sebenarnya banyak lagi hendak dikongsi maklumat mengenai kegunaan kelapa. Saya harap industri ini akan digalakan lagi dengan penambahan kawasan atau setidak-tidaknya dikekalkan kawasan sedia ada. Jangan terlalu asyik dengan menukarkan kawasan tanaman kelapa dengan kelapa sawit atau ditukar menjadi tapak perumahan. Pemulihan kawasan kelapa dengan kelapa dan penanaman baru pokok kelapa perlu diteruskan dengan serious. Pengeluar utama kelapa dunia iaitu Indonesia masih aktif dalam indsutri penanaman kelapa. Jangan satu hari nanti kita banyak mengimpot produk kelapa sedangkan dinegara kita banyak kawasan sesuai dan boleh dimajukan dengan tanaman kelapa. Penanaman kelapa memang agak kurang pendapatannya jika dibandingkan dengan tanaman kelapa sawit, tanaman sayuran dan tanaman kontan tetapi kita perlu bijak dengan melaksanakan tanaman kelapa berintergrasi bersama nenas, pisang, ternakan, ternakair atau projek Industri Asas Tani. Semuga bahan asas untuk produk kelapa di negara kita akan terus ada! ...Wasallam....
POKOK KELAPA...MEMANG BANYAK GUNA....
TUMBUH MENEGAK....ADA DIMANA-MANA....
BATANG DAN BUAH....SEMUA BERHARGA...
CUKUPKAH KELAPA...UNTUK SEMUA?...
Artikel lain berkaitan kelapa:
1. Kopra
By,
M Anem
Jalan Istana,
Taman Cendana,
Lebuh Air Keruh,
Melaka, Malaysia.
(10 Rabiul Akhir 1433H)
Oke penjelasan mengenai KEGUNAAN KELAPA semoga artikel ini bermanfaat salam
untuk beli alat press bisa menghubungi kami.
Tulisan ini diposting pada tag
https://animhosnan.blogspot.com/2012/03/kegunaan-kelapa.html
- Manfaat Sabut Kelapa Untuk Media Tanam
- Kegunaan Sabut Kelapa Bagi Tanaman
- Manfaat Sabut Kelapa Untuk Tumbuhan
No comments